SEGAMAT, 6 Mac — Sesi persekolahan 2023/24 yang dijadualkan bermula 19 Mac ini tidak akan ditangguhkan dan berjalan seperti biasa di negeri-negeri yang terkesan dengan bencana banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelajar di sekolah terlibat akan diberi pilihan belajar menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya kerosakan sekolah tidak dapat dipulihkan sebelum cuti sekolah berakhir dua minggu lagi.

Katanya, setakat ini pihaknya mengenal pasti 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.

“Kita akan bagi pilihan PdPR supaya proses persekolahan tetap berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here