SEGAMAT, 6 Mac — Walaupun khemah kubikel disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) memberi keselesaan kepada mangsa bencana, namun ada segelintir yang tidak bertanggungjawab dengan membawa balik khemah berkenaan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat Mohamad Kamil Helmi Mohd Pang berkata perlakuan yang jelas melanggar arahan berkenaan, biasanya dilakukan ketika sesebuah PPS itu ditutup.

“Mereka berkenan, mereka rasa cantik, kemudian bawa balik. Contoh bila kita buka 1,000 khemah, biasanya dalam seratus atau dua ratus khemah mesti hilang, ” katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Gemereh, di sini.

Beliau berkata kebiasaanya setelah selesai digunakan, khemah kubikel berkenaan akan disimpan di pelbagai stor seperti stor JKM, sekolah atau balai raya bagi memudahkan ia disalurkan segera kepada PPS yang dibuka. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here