Washington, 8 Mac – Lebih 106,000 kes jangitan Covid-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat minggu lepas, menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.

Hampir 15.5 juta kanak-kanak telah dijangkiti Covid-19 sejak wabak itu menular.

Dalam tempoh lima bulan lalu, kes jangkitan membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan secara mingguan meningkat pada purata kira-kira 32,000 kes.

Terdapat keperluan untuk mengumpul lebih banyak data khususnya melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dan varian baharu serta potensi kesan jangka panjang.

Difahamkan, terdapat kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi kesan berpanjangan terhadap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial generasi kanak-kanak dan belia juga perlu dikenal pasti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here