PULAU SPRATLY, 11 Mac – Pesawat Filipina yang membawa wartawan terbang di ruang udara Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang di arah keluar oleh kapal pesisir pantai milik China.

Arahan menerusi radio, “Keluar segera’ itu diterima daripada kapal pengawal pantai China yang melakukan rondaan kira-kira 1,000 meter dari ketinggian pesawat berkenaan, salah satu daripada puluhan kapal yang meronda perairan yang dipertikaikan itu.

“Anda telah memasuki (sekitar perairan) terumbu China dan dianggap sebagai ancaman keselamatan. Untuk mengelakkan salah faham, beredar segera,” kata operator radio China itu.

Ia salah satu daripada tujuh yang dikeluarkan dalam bahasa Cina dan Inggeris ketika pesawat pengawal pantai terbang di ruang udara kepulauan berkenaan dan kawasan pesisir diduduki Filipina.

Sebagai maklum balas, juruterbang Filipina menegaskan bahawa mereka terbang dalam wilayah negara mereka sendiri.

Beijing menuntut kedaulatan hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly, sehingga tidak mengendahkan perintah antarabangsa kerana tuntutan dibuat republik itu tiada asas perundangan.

Beberapa dekad lalu, China membangunkan ‘kepulauan ketenteraan’ merangkumi beberapa infrastruktur, antaranya landasan pesawat, pelabuhan dan sistem radar membabitkan sehingga ratusan hektar kawasan terumbu karang.

Untuk menekankan tuntutannya, ratusan pengawal pantai China dan kapal yang menjalankan rondaan di perairan itu didakwa mengganggu dan menyerang nelayan serta bot lain.

Mereka turut cuba mengusir pesawat bukan milik China yang memasuki ruang udara di kawasan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here