ALOR SETAR, 13 Mac – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini bersetuju memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu Abd Nasir Idris dan Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) yang baharu bagi mewakili negeri itu.

Pemilihan itu dicadangkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggantikan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Ahmad Yahaya dan bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz yang meletakkan jawatan Senator pada 1 Nov tahun lepas.

Mengikut kehendak Jadual Ketujuh Perlembagaan Malaysia, DUN Kedah yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Bagi pihak Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pemilihan Yang Berhormat Tuan Haji Abd Nasir bin Idris dan Yang Berbahagia Encik Musoddak bin Haji Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara bagi negeri Kedah Darul Aman, mulai 20 Mac 2023.

“Semoga mereka akan berada dalam keadaan sihat untuk terus berkhidmat bagi membangunkan negara Malaysia dan negeri Kedah Darul Aman tercinta ini, Dewan yang mulia ini dan seluruh rakyat negeri menaruh harapan yang tinggi kepada Yang Berhormat berdua,” kata Juhari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here