KUALA LUMPUR, 14 Mac – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak mengenali pihak yang bertanggungjawab menghantar bungkusan yang berisi ubat gigi ekstrak daun ganja, yang dihantar ke alamatnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Meranti, Jumaat lalu.

Beliau berkata bungkusan tersebut, telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua-dua kami tidak ambil ganja, jadi itu pembaziran dan bungkusan itu sudah dihantar ke polis,” katanya.

Semalam Polis Sepang memaklum telah merampas bungkusan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada Rafizi dan Anwar di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti.

Rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini yang menerima panggilan menyatakan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik berkenaan.

Ekoran itu, polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here