KUALA LUMPUR, 16 Mac – Malaysia sedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata demikian ketika menyertai Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) di Marlborough House, London.

“Saya telah menekankan bahawa adalah tidak wajar bagi pendekatan ’one size fits all’ digunakan dalam menggalakkan negara-negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia.

“Malaysia juga bersedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan,” katanya.

Mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu berkepentingan bersama, situasi pelbagai negara-negara anggota Komanwel dan status permohonan kemasukan semula Zimbabwe sebagai anggota Komanwel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here