KUALA LUMPUR, 19 Mac – Satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata konvensyen itu juga antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan rundingan bersama ketua-ketua parti bagi menetapkan masa sesuai untuk kita melaksanakan konvensyen ini nanti,” katanya.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid dan seluruh kepimpinan UMNO susulan kejayaan yang dilakar pada pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 yang telah selesai diadakan semalam.

“Ini satu kejayaan yang meyakinkan dan semestinya akan mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here