ANKARA, 2 April – Rakyat Finland akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada Ahad dengan memilih 200 wakil rakyat yang akan membentuk kerajaan baharu.

Seramai 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan ‘unicameral’ negara Nordik itu, lapor Agensi Anadolu.

Setiap warganegara Finland yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi. 

Sekitar 2,000 pusat mengundi telah disediakan, dan dibuka antara 9 pagi (0600GMT) dan 8 malam (1700GMT) waktu tempatan.

Pengesahan keputusan pilihan raya akan diumumkan pada Rabu.

Kerajaan semasa diketuai oleh Perdana Menteri Sanna Marin dari Parti Demokratik Sosial, dengan gabungan empat parti lain – Parti Pusat, Liga Hijau, Perikatan Kiri dan Parti Rakyat Sweden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here