KEPALA BATAS, 7 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah umat Islam perlu mempunyai keinginan untuk bersatu walaupun berbeza pandangan kerana inilah sifat yang boleh memajukan diri, negeri dan negara.

Seri Paduka bertitah umat Islam tidak boleh terlalu taasub dengan pandangan masing-masing dan mengamalkan sikap berpuak-puak dalam masjid.

“Ini adalah satu fenomena yang kurang sihat dan tidak sihat langsung,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah institusi masjid harus dipertahankan daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak dan puak.

Seri Paduka berharap pentadbiran masjid di bawah naungan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di bawah Yang Dipetua Negeri Pulau Pinang perlu diuruskan dan diimarahkan dengan sebaik mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here