FUZHOU, 14 April - Baru-baru ini, video promosi mengenai bandar raya Fuzhou di wilayah Fujian, yang bertajuk "Apa yang Anda Tidak Tahu tentang Fuzhou – Bangunan-bangunan Purba", telah dihasilkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk "Oriental.Paris", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou", dengan menyediakan lawatan berpandu di sekitar Fuzhou, sebuah bandar raya dengan sejarah dan budaya yang tak lapuk dek zaman lebih 7,000 tahun serta satu sejarah sebagai sebuah bandar raya yang dibina dengan baik selama lebih daripada 2,200 tahun, yang menceritakan mengenai kisah hidup di sebalik bangunan-bangunan purba yang senyap kepada warga siber global.
 
"Gucuo", ialah nama khas bagi kediaman purba dan seni bina purba di dalam dialek tempatan Fujian, yang secara amnya bermaksud "bangunan-bangunan purba". Video itu memberikan tumpuan kepada warisan yang berharga mengenai kebijaksanaan dan seni nenek moyang. Bangunan-bangunan purba seperti Kuil Qi Jiguang, Kuil Martir Mawei dan Dewan Memorial Lin Zexu membawa kenangan bersejarah tentang ujian dan kesengsaraan yang menggerakkan hati orang ramai. Tiga Jalan Kecil dan Tujuh Lorong, Daerah Sejarah dan Kebudayaan Shangxiahang dan Gunung Yantai mengintegrasikan klasik dan fesyen, menunjukkan kesegaran dan kecemerlangan baharu, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

Untuk melindungi bangunan-bangunan purba dan peninggalan kebudayaan bermakna untuk memelihara sejarah, susur galur kebudayaan dan tradisi halus tidak ketara bagi sebuah bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal. Sejak 1990-an, Fuzhou sentiasa mementingkan perlindungan warisan sejarah dan kebudayaan, memperkenalkan dasar-dasar khusus, mewujudkan mekanisme jangka panjang, melatih orang yang berbakat, dan memberikan tumpuan kepada perlindungan dan pemulihan pekan, blok, kawasan yang terkenal yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peninggalan kebudayaan. Ia telah mengubah suai lebih daripada 200 projek peninggalan kebudayaan yang utama, dan lebih daripada 1,300 bangunan purba dan bersejarah, mewujudkan 17 blok bersejarah dan kebudayaan yang diketengahkan, dengan menulis satu bab hebat mengenai Fuzhou di dalam perlindungan warisan kebudayaan di Era Baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here