KUALA LUMPUR, 18 April – Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. 

Beliau berkata kes kematian akibat COVID-19 juga masih rendah dengan pesakit yang meninggal dunia melibatkan warga emas dan individu yang mempunyai penyakit komobid. 

Katanya meskipun penularan subvarian Omicron adalah lebih cepat berbanding varian sebelum ini, namun ia masih lagi terkawal dan tidak mempunyai simptom yang teruk. 

“Subvarian yang kita (KKM) kenal pasti adalah XBB 1.5, XBB 1.16 dan XBB 1.9.1 dan ia masih lagi jenis Omicron,” katanya.

Dr Zaliha turut menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka sekiranya mempunyai sebarang gejala. 

“Kami juga mengalakkan individu yang bergejala untuk melakukan ujian saringan COVID-19 serta  pakai pelitup muka khususnya di hari raya ini ketika bertemu dengan keluarga dan sebagainya. Jika anda mempunyai gejala, elakkan menyebarkan virus tersebut kepada keluarga yang lain,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here