KUALA LUMPUR, 23 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar sambutan Aidilfitri tahun ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengukuhkan nilai kasih dan sayang.

Perdana Menteri turut berharap semangat kepelbagaian terus digarap dalam diri setiap rakyat negara ini, dalam usaha mempererat silaturahim.

“Aidilfitri Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

“Saya amat berharap sambutan Aidilfitri tahun ini, bersama kita tingkatkan sikap kasih dan sayang serta pupuk terus semangat kebhinekaan yang selama ini mengikat persaudaraan antara satu dengan yang lain sesama rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here