HANOI, 23 April – Ibu negara Vietnam, Hanoi kini mengemas kini semula peraturan bagi pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak kepada orang awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat.

Keadaan jangkitan pada ketika ini menjadikan bandar raya itu paling teruk terjejas di negara itu.

Orang ramai perlu memakai pelitup muka di tempat tertutup seperti dalam pengangkutan awam yang mempunyai risiko penularan virus yang lebih tinggi, kata kerajaan Hanoi dalam nasihat terperinci diterbitkan sebelum cuti lima hari bermula semalam.

Memakai pelitup muka juga diwajibkan bagi pekerja di pasar raya, pusat beli-belah dan pasar borong luar, yang sentiasa berhubung secara langsung dengan pelanggan.

Pekerja di kawasan awam tertutup seperti bar, disko, karaoke dan rumah urut, salun kecantikan, gimnasium, restoran, pawagam, teater, sarkas dan gimnasium dikehendaki sentiasa memakai pelitup muka.

Pelitup muka juga diwajibkan untuk kakitangan perkhidmatan, pengurus dan pengunjung di kemudahan kebudayaan dan tarikan pelancong serta tempat awam lain yang menarik kunjungan ramai orang.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan juga dinasihatkan untuk terus berwaspada, memantau dengan teliti perkembangan wabak, bersiap sedia untuk langkah tindak balas.

Pada masa sama, usaha mempercepatkan vaksinasi dan mengukuhkan amalan keselamatan pandemik di tempat kerja, sekolah dan kemudahan penjagaan kesihatan turut digiatkan.

Vietnam merekodkan penularan pantas COVID-19 sejak sebulan lalu, meningkat ketara daripada 278 kes pada minggu pertama April kepada 2,000 kes pada minggu kedua.

Hanoi paling banyak terjejas dengan purata 96 kes sehari, kata pusat kawalan penyakit di bandar itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here