NEW YORK, 25 April – Arab Saudi telah memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain.

Antara yang dipindahkan ialah rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Itali, Qatar, Syria, Belanda, Iraq, Türkiye, Tanzania, Lubnan dan Libya, lapor Agensi Anadolu.

”Kerajaan Arab Saudi akan meneruskan usaha dan menawarkan bantuan untuk memastikan warga asing dapat dibawa keluar dengagn selamat menuju ke destinasi masing-maisng.”

Pertempuran hebat di Sudan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memasuki minggu kedua.

Setakat ini, lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera sejak 15 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here