Susulan kejadian tanah runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)..

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan teknikal Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk menanam cerucuk besi di kawasan runtuhan bagi mengelakkan daripada berlakunya runtuhan susulan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk tersebut akan bermula pada Jumaat ini dan dijangka mengambil masa selama dua minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here