Hampir 12,000 perusahaan mempamerkan produk industri ringan yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dalam Canton Fair Ke-133 Fasa Kedua yang membuka tirai di Guangzhou baru-baru ini.

Baik skala, mahupun jumlah gerai dan perusahaan, pameran kali ini telah membaharui rekod.

Dimaklumkan, pameran produk import pertama kali ditubuhkan dan sebanyak 130 syarikat dari 26 buah negara serta rantau seperti Malaysia, India dan Turkiye yang muncul atas nama negara mempamerkan hadiah, perkakasan dapur serta barangan rumah.

Sementara itu, produk penggunaan wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak pula dipamerkan dalam pavilion khas buat kali pertama, manakala mainan turut menjadi produk pameran yang istimewa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here