KUALA LUMPUR, 28 April – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Kedah esok. 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan baginda yang sudi mencemar duli menghadiri majlis berkenaan. 

“Keberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya.

Majlis itu akan diadakan bermula 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Hotel Raia, Alor Setar. 

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula di Kedah esok. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here