China akan terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk negara Asia Tengah ke arah membina konsensus dan mendorong masyarakat antarabangsa mencari titik persamaan sebanyak mungkin demi penyelesaian krisis Ukraine.

Pendirian itu diulangi Menteri Luar Qin Gang semasa perbincangan isu-isu hangat antarabangsa dan rantau dengan rakan-rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan di Xi’an baru-baru ini.

Qin menyifatkan penyelesaian politik sebagai satu-satunya jalan keluar bagi krisis Ukraine, tak kira betapa rumitnya.

“Komunikasi Presiden Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilakukan menerusi panggilan pada Rabu.

“Ia antara tindakan penting yang diambil China ke arah menyelesaikan krisis itu secara politik, dan juga memperlihatkan pendirian konsisten China dalam menyumbang kepada perdamaian dan perundingan,” kata beliau pada Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here