SANDAKAN, 13 Mei – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang memperhebat persediaan bagi penganjuran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2025, kata Ketua Setiausahanya Datuk Saraya Arbi.

Beliau berkata ia termasuk mengadakan perancangan hingga ke akar umbi untuk turut terlibat menjayakan kempen itu.

“Selain daripada program kebudayaan, kita (MOTAC) juga melaksanakan program penyelenggaraan produk pelancongan supaya sentiasa berkualiti tinggi.

“Kita ada juga program yang kita laksanakan dari semasa ke semasa… contohnya di Sabah, kita ada program Rhythm of Kinabalu (program menyemarak dan memelihara kesenian tradisi Sabah) yang boleh diadakan di tempat lain, tidak semestinya di Kota Kinabalu,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan, yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi.

Mengenai program di Batu Sapi itu, Saraya kagum dengan sambutan orang ramai, yang dianggarkan lebih 5,000 pengunjung ke program itu, dengan turut dihadiri 30 pelancong Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here