KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID-19 dikesan hari ini berbanding 12 semalam dengan tujuh daripadanya adalah kes import dan dua lagi penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,985 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 213 kes.

Kes import itu melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara, manakala kes penularan tempatan pula masing-masing seorang warga tempatan dan warga asing.

“Perincian kes penularan dalam negara membabitkan warganegara adalah di negeri Kedah. Kes itu daripada Kluster PUI Sivagangga.

“Bagi kes bukan warganegara pula adalah di negeri Selangor dan kes itu daripada Kluster Bukit Tiram,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here