Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup 4.27 juta batang rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM2.95 juta di perairan Tanjung Sepat, Selangor menerusi Op Murni/Op Tiris, Isnin lepas.
Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata sindiket penyeludupan rokok menggunakan bot pancung dipercayai dari Rupat, Indonesia.