ANKARA, 29 Mei – Recep Tayyip Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye, kata pengerusi Majlis Pilihan Raya (YSK), Ahmet Yener, pada Ahad.

Beliau berkata Erdogan mempertahankan jawatan presiden selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad. 

Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

Setakat ini 99.43 peratus peti undi telah dibuka.  

Erdogan dalam ucapannya berkata 85 juta rakyat Turkiye adalah pemenang dalam pilihan raya negara yang berakhir pada Ahad.

Lebih 64.1 juta orang telah berdaftar untuk mengundi, termasuk lebih 1.92 juta pengundi luar negara dan hampir 192,000 peti undi telah disediakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here