KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin berkata penutupan sekolah tidak semestinya hanya di zon merah, kerana ia dibuat bagi mencegah penularan sekiranya perlu.

Beliau menjelaskan kriteria untuk menutup sekolah bergantung kepada penilaian Jabatan Pendidikan Negeri dengan semua pihak berkuasa berkaitan, berdasarkan kes, risiko, dan cara menanganinya.

“Ini untuk lihat keadaan, apa berlaku, dan bagaimana cara terbaik menanganinya. Seperti mana di Kedah di mana belum zon merah tetapi kita buat penutupan sekolah bagi mencegah penularan,” katanya di Dewan Rakyat, menjawab soalan tentang kritera penutupan sekolah daripada Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Kuching).

Sementara itu, menjawab soalan daripada Teo Nie Ching (PH-Kulai), Radzi berkata pihaknya sedia menutup sekolah di Sabah sekiranya dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, dan kerajaan negeri untuk berbuat demikian.

“Setiap kes berbeza, seperti mana di Sarawak lebih 200 sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup 5 sekolah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here