GEORGE TOWN, 2 Jun – Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk memastikan mana-mana pekerja asing yang masuk ke negara ini telah mempunyai pekerjaan.

Menterinya V. Sivakumar berkata kementeriannya sangat prihatin dengan isu pekerja asing yang datang ke Malaysia namun tiada pekerjaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang hidup merempat.

“Saya telah arahkan JTK untuk pastikan majikan yang membawa masuk pekerja asing ke negara kita mempunyai kerja dan dalam masa sama memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya. 

Beliau mengulas isu ratusan pekerja asing yang mendakwa membayar levi untuk bekerja di Malaysia namun tiada pekerjaan ditawarkan apabila tiba di negara ini.

Sementara itu, Sivakumar berkata KSM sedia meneliti cadangan untuk mewujudkan akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri atau praktikal bagi mengelakkan eksploitasi tenaga kerja dan melindungi hak mereka.

“Saya nak jelaskan akta sedia ada (Akta Kerja 1955) mencukupi tapi kita sedia meneliti saranan-saranan pihak tertentu yang mahu kementerian melihat semula akta tersebut bagi memastikan hak pelajar yang menjalani latihan industri terbela,” katanya.

NHCCE 2023 yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini, berlangsung selama dua hari bermula semalam, dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dengan fokus utama menumpukan pada cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pemain industri di wilayah Utara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here