BEIJING, 9 Jun — Majlis penyerahan obor Universiade Musim Panas ke-31 telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu di bandar Chengdu pada Khamis.

Setibanya obor itu di Beijing, larian obor akan dirasmikan pada Sabtu dan diteruskan sehingga 28 Julai bakal menyemarakkan acara Universiade Chengdu yang bertemakan “berjuang untuk masa muda dan impian”.

Dimaklumkan, “Ronghuo”, obor Universiade Chengdu berasal daripada singkatan nama bandar terbabit “Rong” yang bermaksud “penggabungan” dan “keterangkuman”.

Reka bentuk obor yang menggunakan blok warna cerun mempamerkan keghairahan, dinamik dan fesyen tentang kehidupan Chengdu, selain mencerminkan warna-warni kehidupan mahasiswa.

Api untuk Obor Universiade Chengdu telah diambil di Turin, Itali, tuan rumah universiade musim panas yang pertama.

Dalam tempoh sebulan, larian obor akan diadakan antara atlet -atlet dan dari bandar ke bandar untuk menyampaikan konsep penganjuran “sederhana, selamat dan cemerlang”, di samping memperkenalkan Chengdu yang kaya dengan budaya dan kehebatan bandar dalam tamannya.

Dengan berlangsungnya majlis penyerahan obor itu, sekali gus menandakan tibanya fasa akhir persiapan.

Untuk tempoh 50 hari lagi, Chengdu akan menyajikan temasya sukan antarabangsa yang memenuhi piawaian antarabangsa, bercirikan China, mengikuti arus zaman dan menonjolkan  kemudaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here