KUALA LUMPUR, 15 Jun – Malaysia berdepan isu kemampanan yang lebih serius seperti penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti yang mencapai tahap membimbangkan, menimbulkan cabaran yang berat kepada keseimbangan ekosistem Malaysia.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebagai contoh baru-baru ini, Malaysia mengalami gelombang haba sejak beberapa bulan lepas yang menimbulkan kebimbangan tentang kecukupan bekalan elektrik dan air.

“Menangani perubahan iklim bukanlah tanggungjawab yang terhad kepada generasi masa kini sahaja, tetapi juga generasi masa depan,” katanya.

Nik Nazmi berkata mengatasi perubahan iklim bukan hanya memerlukan individu, tetapi juga kerajaan dan sektor korporat di Malaysia dengan mengubah pendekatan mereka terhadap kepampanan, kaedah melakukan pekerjaan, perniagaan dan kehidupan.

Beliau berkata terdapat beberapa cara kerajaan menangani perubahan iklim termasuk mewujudkan dasar perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan yang akan dilaksanakan menerusi sistem pertukaran  elektrik dan Perjanjian Paris untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here