PARIS, 24 Jun – Pameran Udara dan Aeroangkasa Paris atau Paris Air Show edisi ke-54 sedang berlangsung di ibu negara Perancis dan lebih daripada 20 syarikat serta organisasi dari China membawa produk masing-masing ke pameran itu.

Di ruang pameran China Aviation Industry Corporation Limited (AVIC), aset berkaitan penyelamatan kecemasan udara berjaya mencuri tumpuan pengunjung.

Ia termasuk pesawat amfibia AG600M, Kunlong, yang telah berjaya digunakan dalam operasi memadam kebakaran, Wing Loong-2H, UVA yang digunakan untuk bantuan kecemasan, dan helikopter AC352 yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Kesemua aset itu, sekali gus menonjolkan keupayaan syarikat China dalam bidang pembinaan peralatan penyelematan kecemasan udara kepada peserta dari seluruh dunia.

Turut mendapat perhatian, Long March-2D iaitu roket yang berjaya memecah rekod China bagi pelancaran satelit berbilang dalam satu misi.

Pada pameran kali ini, sembilan model roket siri Long March dipamerkan dengan merangkumi saiz besar, sederhana dan kecil.

Bagi syarikat-syarikat swasta China, masing-masing juga turut serta dalam aktiviti itu dengan membawa hasil inovasi.

Sebagai contoh, satu daripada syarikat yang berjaya membangunkan cakera brek pesawat buatan pertama China turut mengambil bahagian dengan mempertaruhkan sistem gear pendaratan untuk kegunaan pesawat aeroangkasa sektor awam dan ketenteraan.

Untuk rekod, inovasi yang dihasilkan oleh syarikat tersebut juga telah meningkatkan jangka hayat cakera brek pesawat sebanyak 15 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here