Perdana Menteri Barbados, Mia Mottley menyifatkan China dan negaranya sebagai sahabat dan rakan yang saling mempercayai.

Justeru, beliau berkata bahawa niat jahat pihak ketiga yang ingin menimbulkan keretakan antara hubungan baik antara Barbados dengan China pasti akan menemui kegagalan.

Demikian ujar Mottley ketika menerima wawancara eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG) sempena lawatannya ke China mutakhir ini.

Menurut beliau, elemen kemerdekaan dan usaha bersama merupakan prasyarat terhadap pembangunan sesebuah negara.

Mottley menyatakan bahawa sejak ikatan diplomatik China dan Barbados terjalin 46 tahun yang lalu, persahabatan kedua-dua negara menyaksikan perkembangan yang sihat

Tambah beliau, ketika pandemik COVID-19 menular, China menyumbang sebanyak 30 ribu dos vaksin kepada Barbados, dan sejak tahun 2016, setiap 10 dalam 100 rakyat negara itu telah menerima perkhidmatan dari unit perubatan China.

“Peradaban dan suara hati rakyat China harus dihormati. Hormat, toleransi, keberanian dan perpaduan; kesemua sifat positif tersebut terwujud dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara yang telah berlarutan selama hampir setengah abad.

“Kedua-dua negara mengutamakan rakyat dan ia menjadi penggalak kepada hubungan dua hala.

“Kami juga menghormati sikap China terhadap negara-negara kecil, dan sebagai sebuah negara kecil, sifat tersebut adalah sangat penting dan dihargai. Dalam kebanyakan isu global, negara kecil kebiasaannya dilihat sebagai kurang berupaya dan sukar untuk menarik tumpuan pasaran,” jelas Mottley.

Beliau memberitahu bahawa ketika penularan pandemik COVID-19, kebanyakan negara yang gagal mendapat bahan-bahan perubatan membendung wabak adalah negara kecil berikutan keperluan mereka yang terlalu kecil.

“Sementelahan, beberapa negara besar menghadkan pengeksportan kepada negara lain pada masa kritikal itu.

“Maka, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada China atas sikapnya terhadap negara kecil. Cara kerjasama China dengan negara kecil yang penuh dengan penghormatan demi pembangunan bersama harus dipuji,” kata Mottley.

Untuk rekod, kerjasama pragmatik China dengan Barbados terus diperluas pada tahun mutakhir ini dengan kerjasama dalam bidang seperti ekonomi, perdagangan, pertanian dan tenaga berjaya membuahkan hasil yang memuaskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here