BEIJING, 4 Julai – Dalam proses sejarah manusia yang panjang, pelbagai bangsa di dunia telah membina tamadun yang mempunyai ciri-ciri dan simbol tersendiri.

Justeru, pertukaran secara sama rata dan saling belajar antara tamadun berbeza akan memberikan bimbingan rohani yang kuat bagi umat manusia untuk merungkai masalah sezaman dan mencapai pembangunan bersama.

Demikian kata Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah sempena Dialog Pertukaran dan Saling Belajar Antara Tamadun kali ketiga-3 yang juga Kongres Ahli Hanologi Dunia pertama pada Isnin.

Hanologi merujuk kepada pengajian berkaitan Han, iaitu bangsa majoriti di China.

Tegas beliau, China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk mempromosikan nilai bersama seluruh umat manusia seperti keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan serta melaksanakan Inisiatif Peradaban Global.

Xi berkata pertukaran tamadun dapat menjangkau kerenggangan tamadun, saling belajar antara tamadun dapat mengatasi konflik tamadun dan kewujudan bersama tamadun dapat menggapai keunggulan tamadun bagi mempromosi kemajuan tamadun manusia.

“Saya berharap agar para penuntut ilmu Hanologi dari serata tempat di dunia boleh menjadi penghubung antara tamadun China dengan tamadun lain, berusaha untuk meningkatkan komunikasi budaya, serta mempererat persefahaman dan kerjasama antara China dan negara-negara lain,” kata beliau.

Dialog Pertukaran dan Saling Belajar Antara Tamadun kali ketiga yang juga Kongres Ahli Hanologi Dunia pertama, anjuran oleh Persatuan Pertukaran Antarabangsa China dirasmikan di Beijing pada 3 Julai, dengan tema ‘Melaksanakan Inisiatif Peradaban Global, Membentuk Landskap Pemodenan yang Baharu’.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Alice Lau dan sekitar 400 tokoh parti politik dan sarjana terkemuka dari pelbagai negara turut menghadiri persidangan kali ini.

Para peserta menyokong inisiatif global yang diajukan oleh Presiden Xi Jinping dan berpendapat bahawa pembinaan pemodenan ala China telah berkesan dalam mempromosikan perdamaian dan pembangunan dunia. 

Mereka bersedia untuk mempromosikan pertukaran tamadun dan pembangunan manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here