BEIJING, 26 Julai — Presiden China Xi Jinping berkata semangat patriotisme yang  tersemat dalam jiwa bangsa China dan mencintai tanah air serta Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) merupakan tradisi yang telah sekian lama menjadi amalan penduduk di wilayah itu.

Beliau menyifatkan ia sebagai asas penting bagi memantapkan dasar “satu negara, dua sistem”.

Perkara itu antara kandungan yang terdapat dalam balasan surat yang dikirim Presiden Xi kepada pelajar Sekolah Menengah Pui Kiu Hong Kong.

Selain memberikan kata-kata semangat dan galakan, beliau menzahirkan kegembiraan apabila mengetahui yang para pelajar berasa bangga setelah menyertai aktiviti seperti berinteraksi bersama-sama angkasawan Tiangong.

Para pelajar kini lebih memahami misi dan tanggungjawab sebagai generasi baharu di wilayah pentadbiran khas itu.

“Saya berharap para pelajar untuk lebih memahami trend pembangunan dunia, mendalami sejarah, budaya dan keadaan realiti di tanah air, serta memupuk semangat cintakan tanah air,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para pelajar meningkatkan keupayaan masing-masing sehingga menjadi tenaga profesional penting dengan seawal mungkin, sekali gus dapat menyumbang kepada pembinaan HKSAR yang sejahtera serta kebangkitan gemilang nusa dan bangsa.

Sekolah Menengah Pui Kiu ditubuhkan pada 1946 dan merupakan satu daripada sekolah di HK yang paling awal mengibarkan bendera lima bintang setelah tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC) pada 1949.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here