TOKYO, 31 Julai – Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata taufan Khanun yang sangat kuat  dijangka menghampiri wilayah barat daya Okinawa dan Amami di negara itu pada Isnin hingga Selasa.

Taufan Khanun sedang bergerak merentasi laut di selatan Jepun dan menuju ke utara-barat laut pada kelajuan 15 kilometer sejam setakat 7 pagi waktu tempatan pada Isnin.

Menurut Xinhua, ribut itu yang mempunyai tekanan atmosfera tengah 960 hektopascal, membawa angin sehingga 144 kilometer sejam sehingga 198 kilometer sejam.

Agensi itu berkata angin sehingga 90 kilometer sejam dijangka melanda Okinawa dan sehingga 72 kilometer sejam di Amami pada Isnin.

Pegawai cuaca meramalkan ribut akan terus bergerak ke utara dan secara beransur-ansur mengubah arah ke barat dan menghampiri wilayah Okinawa dan Amami hingga Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here