JAKARTA, 15 Ogos — Polis Indonesia telah menahan seorang suspek yang disyaki pengganas semasa operasi di Bekasi, Jawa Barat.

Suspek ditemukan bersama berpuluh-puluh senjata api dan peluru, dan ditahan pada Isnin oleh unit anti-keganasan, Densus 88, di kawasan perumahan di Bekasi Utara.

Jurucakap polis Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan mendedahkan individu yang hanya dikenali dengan akronim DE dan bekerja di PT Kereta Api Indonesia, dipercayai penyokong kumpulan pengganas Daesh.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata DE telah menyebarkan propaganda keganasan di Facebook dan juga dipercayai terlibat dalam mengumpul dana.

Suspek memainkan peranan sebagai pentadbir dan pemilik beberapa saluran Telegram yang menerbitkan kandungan berkaitan keganasan global, yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

“Polis akan terus berusaha mengenal pasti dan menangani ancaman keganasan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam masyarakat,” kata Ahmad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here