IPOH, 27 Ogos – Lapan laluan di sekitar Stadium Perak akan ditutup dan dilencongankan secara berperingkat esok, Selasa dan Khamis ini bagi memberi laluan kepada raptai  perarakan dan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, hari ini, berkata penutupan dan lencongan jalan berperingkat juga akan dijalankan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai yang akan berlangsung esok dan Selasa ini.

Katanya, Khamis ini, penutupan jalan dan lencongan akan dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi sehingga selesai acara sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Perak.

Menurut beliau jalan-jalan yang terlibat bagi penutupan dan lencongan secara berperingkat adalah Jalan Ghazali Jawi, Jalan Kamarudin Isa, Jalan Ahsman Shah, Lebuh Cecil Rae, Jalan Stadium Perak, Jalan Kompleks Sukan, Jalan Dato’ Lau Pak Khuan dan Jalan Canning Estate.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here