YINCHUAN, 21 Sept — Ekspo China-Arab keenam bertemakan “berganding bahu pada era baharu, memegang peluang baharu dan berkongsi masa depan yang baharu”dirasmikan di sini pada Khamis.

Sebagai platform penting dalam pembinaan bersama China dan negara-negara Arab dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), temasya ekspo anjuran kerajaan wilayah Ningxia itu berfokus kepada ekonomi, perdagangan, peluang perniagaan dan penjenamaan.

Promosi kerjasama baharu yang melibatkan industri hijau dan karbon rendah, ekonomi digital, perubatan dan kesihatan, beserta pendekatan yang baharu seperti kajian dan tinjauan fizikal boleh didapati di tapak pameran yang terdiri daripada empat zon, iaitu zon profesional, antarabangsa, domestik dan wilayah Ningxia.

Lebih 10,000 orang yang terdiri ahli politik dan tetamu dari 56 buah negara dan lebih 1,000 syarikat dalam dan luar sudah menunjukkan minat  untuk menyertai aktiviti ekspo kali ini atau meningkatkan penyelarasan dalam kerjasama selanjutnya.

Mereka yang datang dalam kalangan industri dan perniagaan dan sektor korporat merangkumi lebih 80 peratus keseluruhan jumlah peserta.

Untuk rekod, temasya pameran dwitahunan itu adalah hasil kerjasama dan pembinaan bersama China dan negara-negara Arab yang berorientasikan global.

Sejak edisi pertamanya pada tahun 2013, Eskpo China-Arab telah menyaksikan penglibatan lebih 6,000 syarikat pempamer dari lebih 100 buah negara dan kawasan dan termeterainya lebih 1,200 projek kerjasama yang melibatkan pertanian moden dan teknologi canggih.

Serentak itu, jumlah rakan dagang yang menceburkan diri dalam kerjasama China-Arab kian meningkat, sedangkan peranan ekspo sebagai platform atau jambatan ekonomi dan perdagangan juga semakin menonjol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here