BEIJING, 29 Sept – China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) agar menyumbang kepada pembangunan bersama dunia. 

Presiden China Xi Jinping berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Khamis.

Xi Jinping menegaskan bahawa kerjasama antara China dan UNESCO membawa makna besar demi bersama-sama mempromosikan keamanan dan pembangunan dunia. 

Menurut beliau, China mempunyai jumlah penduduk lebih daripada 1.4 bilion orang. Pembangunan yang dicapai China adalah sumbangan besar kepada kemajuan tamadun manusia. 

Audrey Azoulay pula menyatakan bahawa kerajaan China sentiasa mementingkan dan menyokong kerja UNESCO. 

Sokongan China untuk menubuhkan Anugerah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO, memainkan peranan penting dalam mempromosikan pendidikan golongan terbabit di seluruh dunia. 

Beliau menegaskan, UNESCO bersedia merapatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam perlindungan warisan budaya, sains, kebudayaan, teknologi dan lain-lain, supaya memberikan sumbangan positif untuk memelihara keamanan dan pembangunan dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here