BEIJING, 20 Okt — Sempena persidangan Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, sebanyak tiga forum peringkat tinggi yang memfokuskan kesalinghubungan, pembangunan hijau dan ekonomi digital turut diadakan pada Rabu.

Para peserta dari pelbagai negara berkongsi pengalaman dalam pembangunan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan laluan (BRI) dan mengadakan perbincangan mengenai pendekatan untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi pada masa depan.

Forum mengenai pembangunan hijau yang bertemakan “membina bersama jalan sutera hijau, menggalakkan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar”, menyaksikan tercapainya tiga hasil, iaitu Inisiatif Beijing mengenai Pembangunan Hijau di bawah BRI, Perkongsian Pelaburan dan Pembiayaan bagi Pembangunan Hijau dan Pelan Tindakan Pembangunan Sains dan Teknologi Hijau di Rantau Asia Tengah.

Setakat ini, China sudah bersama dengan 31 buah negara menjana impak sosial inisiatif perkongsian pembangunan hijau di bawah BRI dan dengan lebih 150 rakan kerjasama dari 40 buah negara yang membentuk persatuan antarabangsa pembangunan hijau BRI.

Dalam forum yang memfokuskan kesalinghubungan, Perdana Menteri Pakistan Anwar-ul-Haq Kakar berkata BRI yang menekankan pembinaan bersama merupakan produk awam antarabangsa dan platform kerjasama antarabangsa yang mampu menggalakkan pembangunan sejagat dengan berkesan. 

“Saya menganggap bahawa kesalinghubungan bukan sahaja merujuk kepada jalan, landasan kereta api, wayar dan ruang siber, tetapi juga merujuk kepada kesambungan antara orang, budaya dan tamadun, malah ikatan yang boleh mengeratkan hubungan rakyat seluruh dunia.

“Semua usaha ini bertujuan menciptakan masa depan bersama demi kesejahteraan seluruh umat manusia,” kata beliau.

Dalam forum bertemakan “ekonomi digital”, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet berkata ekonomi digital bukan sahaja ditafsir sebagai sebuah jalan pembangunan ekonomi, malah turut membawa makna amat luas yang merangkumi pembangunan pacuan inovasi dan kerjasama kecerdasan buatan (AI).

Beliau berharap pelbagai pihak dapat mengambi berat terhadap pembangunan mampan ketika giat melaksanakan pembangunan ekonomi digital. 

Presiden Kenya William Samoei Ruto pula menyifatkan kesalinghubungan dalam bidang ekonomi digital antara hala tuju pembangunan yang penting bagi pembinaan bersama BRI dan akan meletakkan dasar baharu kepada pembangunan ekonomi pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here