ANKARA, 22 Nov – Pihak berkuasa Papua New Guinea pada Selasa membatalkan penerbangan dan menutup lapangan terbang Hoskins buat sementara waktu, sehari selepas Gunung Ulawun meletus.

Dalam notis yang disiarkan di Facebook, National Airports Corporation of the Pacific berkata keputusan itu diambil untuk memastikan keselamatan penumpang serta operasi pesawat.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai bilangan penerbangan yang dibatalkan susulan letusan gunung berapi Ulawun di wilayah terpencil West New Britain pada Isnin malam, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat.

Agensi Meteorologi Jepun berkata letusan itu mengeluarkan asap setinggi 50,000 kaki (hampir 15,200 meter) dan pihaknya sedang memantau keadaan untuk memastikan sama ada negara ini berisiko dilanda tsunami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here