MOSCOW, 14 Sept — ByteDance, syarikat aplikasi perkongsian video TikTok, China di Amerika Syarikat (AS) tidak akan menjual sebahagian operasinya kepada Microsoft, lapor agensi berita Sputnik.

“ByteDance memaklumkan kepada kami hari ini mereka tidak akan menjual operasi TikTok di AS kepada Microsoft. Kami percaya cadangan kami baik untuk pengguna TikTok, sambil melindungi kepentingan keselamatan negara,” kata Microsoft dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Ogos, Presiden Donald Trump mengancam akan melarang TikTok dan WeChat beroperasi menjelang 15 September jika tidak menjualnya kepada syarikat AS. Keadaan itu membuatkan ByteDance memfailkan tuntutan mahkamah sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik dengan China.

ByteDance sedang berunding dengan Microsoft dan Oracle mengenai kemungkinan penjualan TikTok.

Fox News pada Ahad melaporkan ByteDance telah memilih Oracle untuk menjadi rakan kongsi teknologinya di AS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here