IPOH, 3 Dis – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM750,000 untuk penambahbaikan sistem pencahayaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata penambahbaikan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Perak 2024.

“Keindahan taman awam ialah satu daripada fokus utama KPKT. Pemasangan sistem pencahayaan ini nanti akan menjadikan Taman D.R. Seenivasagam lebih menarik, menawan dan mampu dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan khususnya di bandar raya Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nga berkata KPKT juga merancang projek pembangunan semula rumah pangsa Waller Court yang terletak di Jalan Lim Bo Seng.

“Kita ada rancangan pembangunan semula secara bersepadu Waller Court bersama Taman D.R. Seenivasagam untuk menjadi Ipoh City Center,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here