Kerajaan Malaysia secara prinsipnya bersetuju menghidupkan semula projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.
Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala untuk melaksanakan projek HSR pada Disember 2016.
Pada Januari 2021, kedua-dua pihak mengumumkan pembatalannya kerana gagal mencapai kata sepakat mengenai cadangan perubahan projek itu sebelum tarikh akhir perjanjian projek berkenaan.
Mengikut reka bentuk asalnya, HSR Kuala Lumpur-Singapura akan mengurangkan masa perjalanan antara dua tempat kepada 90 minit dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.