GEORGE TOWN, 31 Dis – Projek infrastruktur mega seperti transit aliran ringan (LRT), projek pembesaran lapangan terbang dan projek Silicon Island di bahagian selatan pulau negeri ini penning ke aaah kemajuan ekonomi negeri ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Katanya project terse but diberi keutamaan untuk memacu ekonomi demi kesejahteraan penduduk Pulau Pinang.

“Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, kerajaan negeri yakin projek Silicon Island ini akan mengulangi kejayaan Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas yang membawa pembaharuan kepada ekonomi Pulau Pinang lebih 50 tahun lepas.

“Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan Silicon Island untuk mengembangkan lagi tanah perindustrian di Bayan Lepas untuk menjamin perkembangan serta peningkatan daya saing sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) negeri kita yang terkemuka,” katanya dalam perutusan bersempena dengan Tahun Baru 2024 hari ini.

Beliau berkata dunia kini kian berubah mengikut peredaran zaman, maka dengan itu, segala usaha dan objektif yang disasarkan oleh kerajaan Persekutuan melalui Konsep Malaysia MADANI akan terus didukung di peringkat negeri.

Chow berkata kejayaan pembangunan dan pemulihan ekonomi yang dicapai hingga kini ialah hasil usaha bersama kerajaan negeri dan Persekutuan yang sentiasa berganding bahu demi memastikan pelaksanaan projek atau program yang memberikan manfaat kepada rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here