KUALA LUMPUR,23 Sept: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini, dan menambah beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.

Menjawab pertanyaan pemberita, Anwar berkata beliau boleh membuktikan sokongan itu, “secara konklusif”, yang menurutnya bukan kelebihan “1, 5, atau 6” tetapi hampir 2/3.

“Mereka ahli Parlimen dari pelbagai parti,” tambahnya. “Sudah tentu ada ahli Parlimen daripada pihak pemerintah.”

Anwar juga mengumumkan beliau membentuk suatu pakatan baharu dengan rakan-rakan baharu.

“Sudah tentu ini pakatan baharu…saya perlu bincang dengan rakan baharu, termasuk rakan baharu yang kuat itu,” katanya.

Ditanya pemberita adakah parti Dr Mahathir Mohamad, Pejuang, dalam sokongan yang dikatakan ini, Anwar jawab: “Belum”.

Katanya, butiran untuk media hanya akan dimaklumkan selepas ia dipersembahkan kepada Agong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here