KOTA KINABALU,Sept 24: Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata Malaysia memerlukan kerajaan dan perdana menteri yang prihatin ketika negara mendepani masalah penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, penularan pandemik itu tidak boleh dikawal dengan baik sekiranya kerajaan tidak stabil.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah terbukti dapat menangani Covid-19 secara teratur dan rapi. Oleh itu, keadaan Covid-19 di negara kita terkawal ketika ini.

“Selepas sahaja diumumkan sebagai perdana menteri, perkara pertama yang beliau (Muhyiddin) lakukan ialah mahu susun cara kita menangani Covid-19. Sebab itu pada awalnya, hanya 2 jurucakap yang boleh bercakap mengenai Covid-19 iaitu Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kerana kita mahu maklumat yang disampaikan tepat dan sahih,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here