PETALING JAYA, 30 Jan – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini melancarkan fitur MYPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS untuk kemudahan pengguna lebuh raya merancang perjalanan semasa musim perayaaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yakin ia mampu memberi nafas baharu dalam pendekatan rakyat untuk merancang perjalanan di musim perayaan selain membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya menerusi strategi pengagihan trafik.

“MYPLUS-TTA ini berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan pola perjalanan pada musim-musim perayaan sebelum ini, selain ia menunjukkan kepentingan integrasi teknologi di dalam pengurusan lebuh raya negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fitur berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengintegrasikan fitur MyPLUS-TTA ke dalam aplikasi MyJalan di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

“la bagi memudahkan rakyat untuk mengakses serta merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien serta membolehkan MyJalan memainkan peranannya sebagai one-stop centre,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata bermula pada hari ini, pengguna lebuh raya PLUS boleh mendaftarkan perjalanan mereka dan memilih waktu untuk perjalanan musim perayaan Tahun Baru Cina antara 8 hingga 13 Feb ini. 

Beliau berkata pihaknya turut menawarkan hadiah baucar membeli-belah kepada pengguna aplikasi PLUS yang mendaftarkan perjalanan mereka menerusi MyPLUS-TTA bagi perayaan Tahun Baru Cina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here