BEIJING, 9 Feb – Pada saat menjelang perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024, Presiden China, Xi Jinping telah bertemu mesra dengan perwakilan dari luar Parti Komunis China (PKC) melibatkan pelbagai jawatankuasa pusat pelbagai parti politik, Persatuan Industri dan Perniagaan Kebangsaan China (CFIC) serta orang perseorangan di Dewan Besar Rakyat petang semalam.

Setelah menyampaikan salam ikhlas serta memberi restu TBC, Xi menekankan bahawa tahun 2024 yang merupakan ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China, membawa makna besar bagi memperjuangkan matlamat yang terkandung dalam “Rancangan Lima Tahun” ke-14. Oleh itu, pelbagai parti politik, CFIC dan orang perseorangan perlu memahami dasar yang digubal pucuk pimpinan PKC dan gerak kerja yang terbabit, terus bertindak pantas dalam melakukan pengajian, penyelidikan, perbincangan politik, penyeliaan demokratik dan pembinaan sendiri supaya dapat memacu dan menyumbang kepada modenisasi ala China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here