PUTRAJAYA, 20 Feb – Kebebasan bersuara dalam kalangan media akan terus dipertahankan dengan peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kod etika itu telah wujud sejak 1989 dan ia kini ditambah baik bagi tujuan meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

“Kita hanya menambah baik, memandangkan ada beberapa perkara sebagai contoh kita teliti, perkara ke lapan, wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan dan antara perkara itu adalah (perkembangan) teknologi,” katanya kepada media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.

Kod Etika Wartawan Malaysia itu merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan ia menggarap lapan etika utama.

Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi, dan pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi.

Etika lain adalah kesahihan dan ketetapan maklumat; wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber; wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

“Saya secara peribadi bersama Kementerian dan juga JaPen, cukup cakna, dan pada masa yang sama merasakan perubahan-perubahan teknologi yang berlaku mendatangkan kesan kepada industri ataupun syarikat-syarikat media.

Fahmi juga berkata melihat kepada situasi sekarang, penerima maklumat adalah dalam kalangan mereka yang membaca berbanding yang menonton kandungan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here