KUALA LUMPUR, 22 Feb  Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas menghargai usaha berterusan Malaysia dalam kelestarian dan tiada aktiviti penebangan hutan. 

Dalam catatan di laman X, Rokas berkata beliau gembira dapat bertemu dengan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani sekali lagi untuk meneruskan perbincangan mereka mengenai pematuhan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR). 

“EU komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk penyertaan pekebun kecil dalam rantaian bekalan,” katanya. 

Sementara itu, Johari dalam catatan di platform X berkata beliau telah bertemu dengan Rokas, yang terlibat secara langsung dari segi pemantauan EUDR. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here