BEIJING, 8 Mac – Presiden China Xi Jinping berkata pihak berkaitan dikehendaki memperkasakan pembaharuan untuk meningkatkan keupayaan strategik dalam sektor baru muncul.

Menurut beliau, keupayaan strategik dalam sektor baharu adalah komponen penting dalam sistem strategi dan keupayaan strategik negara dan amat signifikan bagi mempergiat pembangunan negara dan mendorong kebangkitan nusa serta bangsa melalui modenisasi ala China.

Xi berkata demikian ketika menyertai sesi pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat dan Angkatan Polis Bersenjata Rakyat, sempena sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada petang Khamis.

Beliau berkata pembangunan sektor baru muncul berasal daripada inovasi dan pengaplikasian sains dan teknologi. Sehubungan itu beliau mahu semua pihak berkaitan meningkatkan keyakinan dan memperkasakan inovasi mandiri.

“Usaha harus diperkasakan untuk menyelaraskan kesiapsiagaan ketenteraan maritim dan pemeliharaan kepentingan maritim serta pembangunan ekonomi marin.

“Di samping mengoptimumkan susun atur aeroangkasa China, membina sistem pertahanan ruang siber dan meningkatkan keupayaan untuk memelihara keselamatan siber negara,” kata beliau.

Selain itu, usaha juga harus dilakukan untuk meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan projek sains dan teknologi pintar dan mempergiat penggunaan hasil sains dan teknologi yang penting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here