BEIJING, 15 Mac – Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan ke New Zealand dan Australia pada 17 hingga 21 Mac.

Lawatan Wang, yang juga Ahli  Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, adalah atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand dan Menteri Luar Australia.

Sempena lawatan ke Australia, Wang Yi juga akan mengadakan Dialog Diplomatik dan Strategik China-Australia pusingan ketujuh dengan Menteri Luar Australia Penny Wong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here